Pages

Tuesday, April 24, 2012

Itik Berempah

Kali ini saya nak kongsi resepi untuk masak itik pula.



1 ekor itik saiz sederhana
3 hirisan halia
2 kuntum bunga lawang
air
2 sudu besar minyak

Bahan Perasa: (digaul bersama)

1 sudu besar serbuk rempah lima rasa (five-spice)
1 sudu kecil lada hitam
5 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap soya
3 sudu besar gula
sedikit garam

1- Bersihkan itik.
2- Sapukan bahan-bahan perasa seluruh badan itik luar dan dalam. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam.
3- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis halia hingga naik bau dan masukkan itik. Biarkan itik dimasak dalam periuk dengan api yang perlahan.
4- Selepas itu masukkan 500ml / 2 gelas air, bahan-bahan perasa ke dalam periuk. Tambahkan air biar itik terendam dalam periuk. Masukkan bunga lawang.
5- Tutup periuk, kuatkan sedikit api dan biarkan hingga mendidih. Lepas itu perlahankan api dan biarkan itik mereneh dalam periuk lebih kurang dalam satu setengah jam (1 1/2 jam). Balikkan itik sekali-sekala untuk itik masak dengan elok.
6- Apabila itik sudah lembut, buka penutup periuk dan biarkan sehingga air menjadi pekat.
7- Bila sudah pekat, keluarkan itik dari periuk. Potongkan bahagian itik kecil-kecil dan hidangkan.

2 comments:

  1. eerrr... x pena plak makan iti..ada rasa macam ayam tak

    ReplyDelete
  2. Daging itik berlemak. jadi kalau nak makan itik dengan rasa yang lebih sedap boleh gunakan rempah dan kaedah yang sama tapi lepas saja itik tu mendidih angkat dan panggang dalam oven. Paling elok gunakan oven yang berbentuk seperti tempayan dan gunakan api yang kecil. sesekali angkat dan celup itik ke dalam kuah dan panggang semula agar rasa kuah meresap pada daging itik bersama lemak yang mencair.

    ReplyDelete