Pages

Wednesday, April 18, 2012

Ayam Panggang Lada Hitam

Sediakan 1 ekor ayam.

Bahan Pemerap: (digaul bersama)

6 ulas bawang putih dicincang halus
3 sudu besar biji lada hitam ditumbuk (jangan terlalu hancur) - jika suka pedas, letak lebih sikit.
2 sudu besar serbuk lada putih
2 sudu besar oregano
1 sudu besar basil
1 sudu besar thyme
2 sudu besar kicap maggie
sedikit kicap pekat (untuk menghitamkan ayam)
*garam
*MSG
*gula

*(ikut citarasa)
sedikit air (untuk meratakan bahan pemerap
sedikit tepung jagung (untuk memekatkan bahan pemerap supaya melekat pada ayam)

Cara-cara:
1- Gaul kan bahan pemerap pada ayam.
2- Perap ayam sekurang-kurangnya 2 jam, lebih lama lebih baik. Bahan pemerap akan lebih rasa pada ayam.
3- Sebelum masukkan ayam dalam oven, sapukan sedikit mentega pada badan ayam.
4- Panas kan oven pada suhu 200'C.
5- Panggang ayam sehingga masak lebih kurang 1 jam 15 minit.




No comments:

Post a Comment

Post a Comment