Daun Teh Hitam |
12 biji telur
2 sudu besar daun teh hitam
2 batang kayu manis
3-4 kuntum bunga lawang
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar garam
1/4 sudu besar gula
1- Rebuskan telur dalam periuk tertutup dengan api yang perlahan.
2- Apabila air mendidih, perlahankan api & biarkan selama 15 minit. Lepas itu buangkan air & biarkan telur sejuk.
3- Ketuk seluruh kulit telur dengan menggunakan belakang sudu supaya kulit telur retak. Tetapi jangan tanggalkan kulit telur. Retakkan ini akan membentuk marble.
4- Letakkan telur yang retak tadi ke dalam periuk semula. Letakkan semua bahan-bahan rempah di atas dan masukkan air sehingga tenggelam semua telur dalam periuk.
5- Biarkan telur merebus dalam masa 2 jam setengah.
6- Setelah masak, buangkan air dan biarkan sejuk.
Ketuk Kulit Telur Hingga Retak |
Telur Marble Berempah |
No comments:
Post a Comment