Pages

Wednesday, April 25, 2012

Sos Lada Hitam (Black Pepper Gravy)


Sos Lada Hitam banyak digunakan untuk menu masakkan ala-barat.

Bahan-bahan:
5 sudu besar lada hitam yang telah dikisar (kalau suka pedas, tambahkan lagi)
1 biji bawang besar (saiz sederhana) - dicincang halus
2 sudu besar Demi-glace brown sauce (larutkan brown sauce dalam 1 gelas air)
1/2 tin susu cair ideal (brand yang dicadangkan)
kicap pekat / karamel (untuk menghitamkan sos, kalau nak nampak hitam letak lebih sikit)
tepung beras (untuk pekatkan sos) - larutkan dalam air
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil thyme
*garam
*gula
*MSG
2 sudu besar minyak
500ml air

nota *: mengikut citarasa anda


Cara-cara:

1- Panaskan minyak, tumis bawang besar hinnga naik bau.
2- Masukkan air.
3- Masukkan larutan brown sauce, kicap pekat / karamel, lada hitam yang telah dikisar, susu cair, garam, gula MSG.
4- Biarkan mendidih dengan api yang sederhana. Masukkan larutan tepung beras sehinnga agak pekat.
5- Masukkan daun oregano dan thyme.
6- Setelah masak, rasa sudah cukup tutupkan api.

*penggunaan tepung beras digunakan untuk memekatkan kuah lada hitam.
*lebihkan kuantiti ml untuk susu cair jenama lain, untuk kuah rasa lemak. Boleh juga gunakan butter untuk bagi rasa lemak.

Demi-glace brown sauce
oregano

thyme


5 comments:

  1. mohon share resipi, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Demi-glace brown sauce..kat mana ada juall sume ni

      Delete
    2. biasanya kt kedai yg jual brg2 frozen ada jual.. tp kat pasar raya bsr mcm tesco pun ada jual jugak..

      Delete
  2. Nak tanya sikit senang tak dpt demi- glces brown sos tu?

    ReplyDelete